SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA








 MAKSUD MASYRAKAT MAJMUK

Masyarakat majmuk atau pluralistik merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. Berlawanan dengan masyarakat majmuk ialah masyarakat homogen.  Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan Cina Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. 






MASYRAKAT MELAYU

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan. Mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha. sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam. contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.




MASYARAKAT CINA 

Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19. Kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina juga bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British . Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.






MASYARAKAT INDIA

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka. Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka sebagai pedagang kain dan peminjam wang . Pada abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.


SEJARAH DAN KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK .


 MASYARAKAT MELAYU 

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan. Ia memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga kriteria itu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain

Berdasarkarkan teori nusantara Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara



MASYARAKAT CINA 

1.  Masyrakat cina memasuki Malaysia pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-         19.

2.  Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi utama masyarakat ini masuk apabila British membukanya pada tahun  1819 dan 1876.

3. Orang Cina berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor.

4. Pertengahan abad ke-19 peladang gambir bertumpu di Singapura mula memasuki johor. mereka diberikan kawasan untuk membuka ladang gambir dan lada hitam.

5. Di Perak  pula  Long Jaafar yamg merupakan pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-Negeri Selat(NNS) pada pertengahan abad- 19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.

6. kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad- ke 19 dan awal abad ke-20  disebabkan perkembangan perlombongan bijih timah di tanah melayu. Hal ini kerana suasana politik ditanah melayu lebih stabil berbanding ditanah besar.

7. Jadi pada tahun 1930- an munculnya kecenderungan dari kalangan buruh cina untuk menetap dinegara ini disebabkan faktor   ekonomi dan politik  di China  yang tidak stabil.

8. Ramai imigran  wanita Cina  ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda perubahan komposisi kependudukan di negara ini.

9. kedudukan Orang Cina  mendapat perakuan British  apabila  Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. 

10. Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar.





 MASYARAKAT INDIA 

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini. Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.  British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.


IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA 

i. POLITIK 

1. tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. 

2. undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.

3. tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.

ii. EKONOMI

- Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

iii.SOSIAL/ PENDIDIKAN 

1. Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.

2. kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

3. setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka

4. keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing.

5. Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.



KESIMPULAN

Kesimpulanya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula ketika kemasukan imigran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujudnya pelbagai masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan sekaligus menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.  Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.


AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD HAKIM BIN ZULKHAIRI (14DHF20F2019)
ADZRIFUDDIN AUZAE BIN SEYPUL ASMAL (14DHF20F2034)
NUR FADIAH DINIE BINTI FAZLI (14DHF20F2029)
RAHAMIZA BINTI ISMAIL(14DHF20F2024) 
NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SHARIF(14DHF20F2005)


PENSYARAH
EN.MOHD FAIZAL BIN MAT PESA







RUJUKAN

1. http://ohmypengajianadui.blogspot.com/?m=1

2. http://masyarakat-majmuk.blogspot.com/2014/09/1-implikasi-terhadap-kemajuan-negara.html

3. Abdul Rahman Embong. (2006). Negara-bangsa: Proses dan perbahasan (Edisi ke-2). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 17.

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk

5. KAMUS DEWAN 2005



Comments

Post a Comment